Memaparkan catatan dengan label Resepi Cupcake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Cupcake. Papar semua catatan

Isnin, 12 November 2012

Resepi Hokaido Cupcake

Assalammualaikum...
bila dah mula cuti sekolah ni, apa yang anda buat dirumah yer...
saya, bila time cuti sekolah, ada ada saja yang nak buat untuk anak dan suami...
yang ni lah, salah satu aktiviti saya ...

Hokaido Cupcake...
dah pernah buat kew? kalau tak pernah buat ... jom kita buat sedap sangat-sangat
rasa kek yang lembut dan intinyer custad....

Hokaido Cupcake

Bahan A
3 biji kuning telur
1/3 cawan butter dicairkan
1/3 cawan susu fresh cream
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan A (Ayak)
1 cawan tepung kek 
1 sudu teh double action baking powder

Cara-cara bahan A: 
1. Satukan kedua bahan A dan bahan A(ayak) kemudian ketepikan...


Bahan B
3 biji putih telur
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh cream of tatar

Cara cara Bahan B:
1. satukan kesemua bahan B dan pukul hingga menjadi meringue @ terbalikan bowl adunan telur tak jatuh....

2. satukan bahan A dengan bahan B cara kaup balik hingga sebati....(gunakan sudip kayu)

3. masukkan adunan 3/4 ke dalam paper cup... bakar pada 180c selama 20minit, keluarkan dan sejukkan...


Bahan Kastad
2 sudu besar tepung castad
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula pasir
200 ml susu full cream
1 sudu besar butter
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara masak kastad:
1. masak kesemua bahan sehingga adunan likat seperti gambar diatas...sejukkan
2. piping custad kedalam cupcake tadi dan taburkan snow powder...


SELAMAT MENCUBA :)




thank you.,pliz like :)

Jumaat, 6 April 2012

Cupcake Fruit Mabless


Assalammualaikum...
ari ni Noor nk share resepi Cupcake Fruit Mabless...
Tp resepi ni Noor cuma olah sikit jew dari resepi asal...
Tema Kasih Banyak2 pada Abah yer... lain kali Noor minta agy ngan Abah...
Resepi asal korank leh layari kat sini k... RESEPI ASAL

Bahan A:
250gm Butter
150 gm gula kastor

Bahan B:
4 biji Telur (size A)
1 sudu kecil esen Oren
1 sudu kecil esen vanila or serbuk (kalau guna serbuk jadikan Bahan C)

Bahan C:
250gm Tepung Gandum biasa
1 Sudu kecil Baking Powder

Bahan D:
40 ml susu cair

Bahan E:
30 gm tepung gandum
500 gm mix fruit

Cara-caranya:
1.Pukul bahan A dengan speed laju hingga kembang.
2.Setelah kembang, masuk telur satu demi satu sampai habis, diikuti esen.
3.Kemudian ayak semua bahan C , masukkan kedalam butter tadi berselang seli dengan susu bahan D.....speed sederhana.
4. satukan bahan E, kemudian gunakan sudip kayu, gaul sehingga sebati..
5. Bakar pada suhu 160 darjah... masak sehingg 10 - 20 minit



thank you.,pliz like :)

Sabtu, 19 Mac 2011

Cupcake Chocolate Moist With Ganache



Untuk Cake

Bahan A
1 3/4 Cup tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
3/4 cup serbuk koko
1/2 sudu kecil nescafe
Secubit garam halus

Bahan B
1 3/4 cup gula kastor
200ml susu cair
1 cup minyak (apa2 breand)
2 biji telur

Bahan C
1 cup air panas

Cara-cara
Ayak bahan2 A dahulu n ketepikan...

Dalam bekas yg berlainnan pula masukkan bahan B, pukul hingga bahan B sebati...Setelah sebati masukkan bahan A sedikit demi sedikit sampai tepung itu habis....Akhir sekali Masukkan air panas dan kacau lagi sampai sebati.... apa lg masukkan ke dalam paper cup dan bakar dalam 180 selama 20-25 minit bergantung pd oven masing2....


Untuk coklat Ganache

150gm coklat masakkan
35gm susu cair
1 sudu teh butter

Cara2 nyer...
Masuk semua bahan ni masak secara double boiler sehingga cair dan sejukkan....Apabila dah sejuk baru boleh deco pd cupcake kita ya..... SELAMAT MENCUBA....


thank you.,pliz like :)