Memaparkan catatan dengan label Resepi Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Daging. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

Resepi Macaroni Leleh


Assalammualaikum...
Maaf la pada kawan kawan FB yang menantikan resepi ni...
Maklum la saya ni memang terlalu sibuk...sampaikan ada yang masage tak mahu kongsi ke resepi...
Bukan Saya tak mahu nak kongsi resepi... jika ada masa terluang saya akan duduk depan computer
dan kongsi apa yang saya tahu... tapi resepi yang saya boleh share jew... resepi yang saya pergi class
atau resepi yang saya keluarkan duit... saya tidak boleh share...

Jika nak juga... boleh datang dan belajar dengan saya... saya ada buat class...
kenapa resepi yang saya p class tak boleh Share???
sebab ilmu yang dituntut berkat daripada Guru...
Tolong Faham situasi saya k....
Yang ni resepi saya, cara saya...jika tak suka anda boleh ubah resepi sendiri...


Bahan
800gm daging cincang
500 gm macaroni (rebus dengan sedikit minyak dan toskan)
1 tin tomato puree
1/2 cawan sos cili
1 biji lada bengala
garam, gula dan serbuk perisa
oregano, keju Mozarella
4 ulas bawang besar potong dadu
1/2 labu bawang putih
minyak untuk menumis


Cara2 :
1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan daging dan masak hingga air daging kering.
3. masukkan sos cili dan tomato puree gaul hingga sebati dan masukkan bahan perasa...
4. masukkan macaroni dan lada bengala dan gaul hingga sebati, masak hingga kering....
5. masukkan macaroni yang digoreng dalam foil atau loyang dan tabur keju mozarella dan oregano...
6. jika nak lagi sedap parut keju chedar dan bakar sehingga kekuningan keju tu...




Selamat mencuba...








thank you.,pliz like :)

Jumaat, 23 Ogos 2013

Resepi Daging Goreng Bawang Putih


Assalammualaikum...
Gambar atas tu adalah Daging Goreng Bawang Putih....
pada yang yang suka makan bawang putih, boleh cuba...
Resepi ni memang simple sangat sangat.. jom ikut step by step ok...


Resepi Daging Goreng Bawang Putih
1 kati Daging
1 labu bawang putih ditumbuk
1/2 sudu besar black paper
3/4 cawan tepung kentucky (brand Puas, ada jual di tesco)
minyak untuk mengoreng

Cara Cara:
1. Daging dipotong nipis dan jangan terlalu nipis atau tebal yer...
2. bawang putih lebih kurang 1 labu yer dibuang kulit
3. Tumbuk kasar dan jangan terlalu halus
4. Campurkan bawang putih kedalam daging dan gaul sebati.
5. masukkan black paper.
6. Gaul semua hingga sebati... tak perlu masukkan garam yer..


7. Noor suka menggunakan tepung ni, paling mudah...
8. masukkan tepung kentuky dekat daging tadi dan gaul hingga sebati ...
9. gaul seperti no 9 tu yer...
10. panaskan minyak dan goreng daging tu sehingga garing seperti no11.
11. guna tisu untuk serapan minyak yer...dah boleh makan...

Inilah makanan kesukaan keluarga kami...








thank you.,pliz like :)