Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan
Rabu, 18 Februari 2015
Isnin, 30 September 2013
Jumaat, 27 September 2013
Khamis, 13 Jun 2013
Piza Mablesss...
Assalammualaikum...
Semalam buat pizza 3 biji... kira lama juga la Noor tak buat sampai tekak pun asyik memanggil... ada kew ayat macam tu hehehheh....so hari ni Noor nak Kongsikan resepi pizza...
Bahan Doh Pizza
Bahan A
250 ml air
2 sudu teh yis serbuk (mauripan)
3 sudu besar gula
Cara:
Bahan A campur dan biarkan hingga naik @ berbuih2
Bahan B (Ayak )
350 gm tepung Hi protin
150 gm tepung gandum
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh softener
1/8 sudu teh garam
Bahan C
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Cara Cara:
1. Satukan Bahan A dan Bahan C kacau hingga sebati...
2. Setelah sebati masukkan bahan B dan uli hingga adunan tu betul betul lembut...
biarkan sehingga 2 kali ganda...
3. Bahagikan kepada 3 dan canai...letakkan diatas dulang pembakar...Kalau size yang Noor buat adalah size 9 inci yer....jika besar dulang bahagikan adunan kepada 2 jew...
4. Setelah canai, biarkan naik 2x ganda dan bakar sekejap suhu 180C dalam 10 minit...
5. Masukkan toping dan bahan hiasan...dan bakar sekali lagi yer...15-20 minit bergantung oven masing masing.
Bahan Toping
Daging / Ayam cincang @ carik2
Sos tomato puree
Sos cili
garam
gula
bawang putih
bawang merah
Minyak
Cara cara:
tumis bawang putih dan bawang merah dan masukkan kesemua bahan dan masak hingga daging tu masak...ketepikan
Bahan Hiasan
Bawang
buah zaitun
keju chedar
keju mozarella
sausage
nenas
cili Capsicum
cendawan butang
Oregano
Selamat Mencuba
Labels:
Pizza
,
Resepi Roti
Ahad, 3 Mac 2013
Kisah Pizza Hot My Fresh Oven
Assalammualaikum.....
hari ni Noor nak post pizza, nak buat korank semua rasa lapar huhuuhuhu
perangi huduh la plak heheheheh...
so apa apa layan je gambar ni ok....
yang adunan yang telah diuli, size pula lebih kecil dari pic yang dibawah yer....
Yang ni pula doh dah naik 2 kali ganda yer
Adunan tu korank bahagi la berapa banyak yang korank suka ... lepas tu canai dan letak kat atas dulang ... macam dalam pic Noor , di keliling tu Noor balut dengan Cheddar...terpulang la kalau nak letak or tak mahu ok...
Pic ni pula Noor letak tomato puree yang siap jual dalam tin tu yer....
Korank letak la rendang or daging, ayam atau perisa yang korank nak makan ....
lepas tu bakar sekejap yer....
Masuk la topping yang korank suka yer...yg ni Noor suka campurkan keju sedap n mabelesss......
Pic ni ada buah zaitun Hitam, bawang, cendawan butang, sausage dan capsicum
Rendang daging yang dimasak sampai kering, kalau nak lagi sedap daging tu perlu dicarik carikan yer... yang ni kalau dah malas Noor guna daging cincang...
Pizza yang siap di makeup dengan cantik hahahahhah.... cantik kew perasan gilllerrrr.....tak pe yang penting dapat makan dengan sepuas hati.....
yang ni pula siap bakar dan sedia untuk menikmati.... apa lagi jom makan :)


















































