Assalammualaikum...
bila dah mula cuti sekolah ni, apa yang anda buat dirumah yer...
saya, bila time cuti sekolah, ada ada saja yang nak buat untuk anak dan suami...
yang ni lah, salah satu aktiviti saya ...
Hokaido Cupcake...
dah pernah buat kew? kalau tak pernah buat ... jom kita buat sedap sangat-sangat
rasa kek yang lembut dan intinyer custad....
Hokaido Cupcake
Bahan A
3 biji kuning telur
1/3 cawan butter dicairkan
1/3 cawan susu fresh cream
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan A (Ayak)
1 cawan tepung kek
1 sudu teh double action baking powder
Cara-cara bahan A:
1. Satukan kedua bahan A dan bahan A(ayak) kemudian ketepikan...
Bahan B
3 biji putih telur
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh cream of tatar
Cara cara Bahan B:
1. satukan kesemua bahan B dan pukul hingga menjadi meringue @ terbalikan bowl adunan telur tak jatuh....
2. satukan bahan A dengan bahan B cara kaup balik hingga sebati....(gunakan sudip kayu)
3. masukkan adunan 3/4 ke dalam paper cup... bakar pada 180c selama 20minit, keluarkan dan sejukkan...
Bahan Kastad
2 sudu besar tepung castad
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula pasir
200 ml susu full cream
1 sudu besar butter
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara masak kastad:
1. masak kesemua bahan sehingga adunan likat seperti gambar diatas...sejukkan
2. piping custad kedalam cupcake tadi dan taburkan snow powder...
SELAMAT MENCUBA :)
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan