Khamis, 13 Jun 2013

Piza Mablesss...


Assalammualaikum...
Semalam buat pizza 3 biji... kira lama juga la Noor tak buat sampai tekak pun asyik memanggil... ada kew ayat macam tu hehehheh....so hari ni Noor nak Kongsikan resepi pizza...


Bahan Doh Pizza
Bahan A
250 ml air
2 sudu teh yis serbuk (mauripan)
3 sudu besar gula

Cara:
Bahan A campur dan biarkan hingga naik @ berbuih2



Bahan B (Ayak )
350 gm tepung Hi protin
150 gm tepung gandum
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh softener
1/8 sudu teh garam

Bahan C
1 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara Cara:
1. Satukan Bahan A dan Bahan C kacau hingga sebati...
2. Setelah sebati masukkan bahan B dan uli hingga adunan tu betul betul lembut...
biarkan sehingga 2 kali ganda...
3. Bahagikan kepada 3 dan canai...letakkan diatas dulang pembakar...Kalau size yang Noor buat adalah size 9 inci yer....jika besar dulang bahagikan adunan kepada 2 jew...
4. Setelah canai, biarkan naik 2x ganda  dan bakar sekejap suhu 180C dalam 10 minit...
5. Masukkan toping dan bahan hiasan...dan bakar sekali lagi yer...15-20 minit bergantung oven masing masing.



Bahan Toping
Daging / Ayam cincang @ carik2
Sos tomato puree
Sos cili
garam
gula
bawang putih 
bawang merah
Minyak 

Cara cara:
tumis bawang putih dan bawang merah dan masukkan kesemua bahan dan masak hingga daging tu masak...ketepikan


Bahan Hiasan
Bawang
buah zaitun
keju chedar
keju mozarella
sausage
nenas
cili Capsicum
cendawan butang
Oregano

Selamat Mencuba









thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :