Isnin, 27 Mei 2013

Resepi Rainbow Cake


Assalammualaikum...
meriahkan Rainbow cake Noor ...
banyak betul coklat MM tu... 
maklum la resepi ni Noor dapat dari Umi Nadia Yunus...


Sebelum ni Noor pernah buat Rainbow Cake ni.... dengan adik adik Politeknik...
tapi tak menjadi dan rasa sangat hampa giler... so kali ni dengan ada semangat baru, Noor nak buat juga... jadi or tak pun mencuba dan terus mencuba....


Resepi ni Noor ambil dari Umi Nadia dan Wati Sweetlove , rakan FB Noor.... Terima Kasih banyak banyak kerana akak sudi memberi kebenaran untuk Noor share resepi dekat Qasieh Cupcake.... :) Terima Kasih sekali lagi yer...


Resepi Rainbow Cake (Umi Nadia Yunus )

Bahan A
400gm Buttercup
200gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Putar bahan A sehingga kembang dan ketepikan


Bahan B
7 biji telur size A/B
2 sudu teh Ovelate

Cara:
1. Dalam bekas lain putar bahan B sehingga kembang dan putih gebu.


Bahan C
380 gm  Tepung Cake / Tepung Superfine
1 1/2 sudu teh baking powder (tapi saya guna 2 sudu teh)
70 ml fresh milk

Cara:
1. Ayak baking powder dengan tepung dan ketepikan....
2. Masuk tepung dan susu berselang seli kedalam butter yang dipukul kembang tadi....
3. Masukkan telur kedalam adunan butter tadi dan putar hingga sebati...
4. Bahagikan kepada 6 bahagian ( perlu timbang sama banyak ).
5. Warnakan Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan merah...
6. Gunakan Loyang 8 inci (tinggi ) kalau 9 inci ( rendah )
7. Bakar 180C selama 20 minit bergantung oven masing masing


Resepi Cream ( Watie Sweet Love )
500 gm Whiping Cream
60 gm gula halus
250gm Cream Cheese

Cara:
1. Putar cream cheese dan gula hingga kembang dan ketepikan...
2. Dalam bekas lain Putar Whiping cream sehingga kembang2 kali ganda yer...
3. satukan cream Cheese dan whiping Cream hingga sebati....
4. Decolah pada kek yang telah disejukan yer...


Sebagai panduan...
Anda perlu mewarnakan dengan terang supaya, bila dibakar cake akan terang seperti warna tadi.... kalau tidak kek kita akan nampak pucat.... dan tak cantik...


Selamat Mencuba





thank you.,pliz like :)

3 Budak budak comel Komen :