Rabu, 22 Mei 2013

Chicken, Toast Egg Cups.


Assalammualaikum....
malam malam ni perut terasa lapar, memandangkan ada roti, telur dan ayam kira boleh la buat macam Salina dalam Master Chef tu.... tengok Salina buat macam sedap jew... dalam kepala terfikir apa yang Salina letak dalam Toste dia kan....
so Noor pun buat cara Noor la kan... nak try buat tak, kalau tekak Noor, kira sedap la... tapi tekak orang lain lain kan ...jom layan resepi bawah ni...


Resepi Chicken, Toast Egg Cups.

1 cawan isi ayam yang dicincang
8 keping Roti dibuang kulit
8 biji telur size yang kecil
1 sudu teh lada sula
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar kicap seasoning Maggi
1 sudu besar butter
1 biji bawang besar potong dadu
sedikit daun sup dan oregano
sedikit gula, garam dan serbuk perisa


Cara cara....

1. Ambil Roti dan masukkan ke dalam acuan muffin dan jadikan seperti mangkuk kemudian ketepikan.

2. Panaskan Kuali dan masuk butter serta bawang tumis bawang hingga layu...
setelah itu masukkan isi ayam dan kacau hingga sebati...

3. masukkan lada sula, lada hitam , sos lada hitam, kicap , gula, garam dan serbuk perisa... kacau hingga sebati dan hingga kering... tutup api.

4. masukkan 1 sudu besar ayam yang telah dimasak tadi kedalam mangkuk roti dan pecahkan sebiji telur keatas ayam tadi... kemudian tabur daun sup dan oregano, kalau nak sedap letak la cheese kemudian bakar 15-20 minit pada suhu 180C bergantung pada oven masing masing....

Selamat Mencuba yer :)   















thank you.,pliz like :)

2 Budak budak comel Komen :

zures berkata...

Baru tengok malam tadi yang celina buat tu...rasanya celina letak cendawankan....leh cuba ni...

♥ Noor Qasieh ♥ berkata...

@zures
Ha betul tu salina letak cendawan...
so sy gantikan ngan ayam...
ada juga rasa inti tu...sedap
try buat yer...