Assalammualaikum....
Malam semalam, terfikir aktiviti untuk anak-anak so Noor perapkan isi ayam untuk dijadikan satay...syok juga, sebab bukan rancang pun nk buat satay...
so hari ni, Noor nak kongsikan resepi satay yang saya buat semalam....
kalau buat sendiri sedap dan boleh makan banyak hehehehe... 1 kilo boleh menghasilkan 72 batang, kalau ikut size gambar dibawah ni yer....
Satay Ayam
Bahan A
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji kunyit hidup
4 batang serai yang besar
1/2 cawan minyak masak
Bahan B
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Bahan C
400gm gula pasir
1 kilo isi ayam (potong dadu)
1/2 cawan Minyak masak
1/2 sudu besar garam
Cara-cara:
1. Bahan A, hiris dan blend sampai halus.
2. masuk bahan B dan blender sekejap je.... jangan sampai halus jintan tu biar jintan tu nampak kasar sikit...
3. Satukan bahan A dan B kedalam bahan C, jika kunyit nampak pucat.... boleh tambahkan kunyit serbuk sedikit yer..
4. perap selama 3 atau 4 jam dan boleh dibakar ( kalau perap lama, lagi sedap)
Kuah Kacang
Bahan A (blend halus)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 gemgam cili kering (kalau nak pedas tambahkan cili kering)
Bahan B
3 ketul gula kabung (Tengok Pic dekat bawah yer)
garam dan gula pasir secukupnya
sedikit air
sedikit air asam jawa
1 1/2 cawan kacang (goreng dan blend )
Minyak masak
Cara-cara:
1. Masukkan minyak dan tumis bahan A hingga pecah minyak.
2. masukkan sedikit air, air asam jawa dan gula kabung, masak sehingga gula kabung larut....
3. masukkan kacang dan garam.... rasa la dulu sebelum tambahkan gula pasir, nanti tak pasal-pasal manis kuah kacang tu....
4. masak hingga pekat yer... sedia dihidangkan :)
SELAMAT MENCUBA YER :)
Yg ni la gula Kabong
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan