Sekejap ajew dah petang, Noor baru nak kongsi resepi
simple tapi sedap...
Sepatut nyer Noor letak menu petang... maklum la baru dapat nk update...
Ok la... resepi ni simple...dengan rasa sos tiram, rasa ayam dan juga bawang putih..
Kebanyakkan orang cina, suka makan bawang putih yang banyak ...dalam msakkan mereka... Noor pun tergolong orang macam tu ...ada campuran cina n melayu...
Jom tak payah nak cerita tentang keturunan ni....sampai esk pun
tak kan habis...moh kita cerita resepi yang nk dikongsikan yer...
Sayur Sawi Masak Sos Tiram
Bahan:
7 pokok sawi cina ( potong n rebus toskan)
4 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang putih
1 labu bawang merah kecil
1 sudu besar stock ayam maggi(botol)
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada sula
1/4 cawan air
Cara2:
1. Rebus sayur n toskan... kemudian susun kedalam pinggan
2.panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang putih hingga garing dan angkat....
3. Dengam minyak yang sama, tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan sos Tiram, Stock Ayam dan serbuk lada sula kacau seketika...kemudian masukkan air...
4. Masak hingga mendidih dan tutup api...resepi ni Noor tak masukkan garam dan bahan perisa, kerana stok ayam dan sos tiram dah masin dan sudah cukup perisa nyer....
5 tuangkan kuah sos tadi keatas pinggan yang berisi sayur dan letakan bawang putih yang digoreng tadi...sedia untuk menikmati...
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan