Isnin, 3 September 2012

Ayam Masak Madu



Assalammualaikum....
Hari ni dengan Mood yang rajin, asyik nak berbloger aje...
mana tidak nyer, menu tengah hari Ayam Masak Madu...

wah madu yer ...
jangan bermadu dah la yer....
ok .. resepi yang simple tapi sedap.
jom layan resepi nyer....

Ayam Masak Madu

Bahan- bahan:
1/2 ekor ayam (goreng dengan kunyit + Garam sikit separuh masak)
1/2 cawan kicap manis
6 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam ( tumbuk kasar)
2 sudu besar sos tiram
minyak masak

Bahan Menumis:
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1 inci halia (hiris halus)

Bahan Hiasan
1 biji bawang besar potong bulat
1 tangkai daun sup

1. tumis bahan menumis hingga kekuningan...
2. masukkan kicap manis, madu, sos tiram dan lada kacau hingga sebati dan masukkan ayam gaul hingga sebati...
3. akhir sekali masukkan bahan hiasan dan masak sekejap je dan siap boleh dihidangkan...

Selamat mencuba

thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :