Assalammualaikum....
time hujan- hujan ni sedap kalau kita makan Pau...
kalau kena pau yang baru masak... Adoiii sejuk pun boleh jadi panas... mana tak nyer baru keluq dari periuk kukus...
resepi pau ni memang sedap dan boleh menghasilkan
lebih kurang 18biji... tak percaya cuba buat earkkk...
Pau Kacang Merah
Bahan(Ayak)
500 gm tepung pau
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action (kalau xdak 2 sudu teh baking powder)
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shotening
1 sudu teh yis kering
250 ml air
inti
Kacang merah siap dijual
cara membuatnya
1. selepas ayak, satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh...
2. setiap adunan timbang 50gm dan masukkan inti kacang dan lapik dengan kertas minyak or kertas putih....
3.susun macam pic diatas...dan biarkan 30minit tak perlu tutup permukaan pau tadi...
4. didihkan air sebelum letak pau dan masak pau dengan api yang sederhana, selama 15 minit...sedia untuk di hidangkan....
NOTA PENTING: untuk mengelakan pau berkedut- kedut, selepas kukus pau selama 15 minit...tutup api dapur danbuka sedikit penutup periuk kukus tu untuk mengeluarkan wap sekejap saja...selepas tu bukalah penutup tu dan keluarkan pau anda....
Selamat Mencuba
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan