Rabu, 12 April 2017

Crispy Taro Dumpling Resepi

Assalammualaikum...hari ni ceq Noor nk kongsikan cara buat Taro Dumpling. Apa tu taro?
Taro tu adalah Keladi u all.. so meh cuba resepi ni na...


Filling:
150gm Isi Ayam potong dadu
150gm Udang potong dadu
2 -3  Cendawan Shiitake kering ( rendam dan potong dadu )
1 Ulas Bawang Putih
1 tsp Minyak Bijan
1 tsp seasoning
1/2 Cawan Daun Bawang
Sedikit mix spice
Garam , Gula secukup rasa

Cara:
1. Tumis bawang putih sehingga layu.

2. Masukkan cendawan, ayam dan udang. Selepas itu masukkan seasoning.

3. Akhir sekali masukkan semua bahan yang lain dan masak sehingga kering.

Wrap
Bahan A
600gm Ubi Keladi Purple

Bahan B
113gm unsalted butter
1 Tsp Baking Soda

Bahan C
113g wheat starch / Kanji Gandum
180 Air Panas

Bahan D
40 gm wheat strach / Kanji Gandum

Cara - cara:
1. Potong keladi 1 cm lebar dan kukus sehingga empuk. Panas- panas lenyekan adunan sehingga hancur.

2. Campurkan Bahan C dan kacau sehingga berketul - ketul. Bila adunan C sudah suam, campurkan adunan tu bersama keladi. Masukkan bahan B dan Bahan D.

3. Uli adunan sehingga tidak melekat dijari.

4. Ambil sedikit adunan wrap td anggaran sebesar bola pimpong leperkan dan letak sedikit filling dan tutup kembali. ( lebih kurang buat cucuq Badak ). Buat sehingga habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana kuat dan goreng sebiji sebiji sehingga kuning keemasan.

Pastikan api mesti kuat semasa memanaskan minyak, kemudian slow api dan baru masuk ball tadi.



thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :