Isnin, 17 November 2014

Resepi Dounat Ring


Assalammualaikum...
Rasanyer dah lama Noor tak update kat blog ni yer.
Maklum la sibuk dengan urusan biznezz.
Resepi ni Noor ambil dari group Kelab Roti. Terima kasih pada Isma Maisarah sudi kongsi resepi ni.
Hasilnyer memang tak sia sia yer. Walaupun 1 hari masih gebu dan lembut.

Tapi kalau anda buat tidak menjadi, jangan salahkan resepi yer...anda kena tahu teknik meroti baru dapat donat yang gebu sangat sangat. Kalau ikut resepi owner mesti step by step kan, bagi Noor hanya terus masukkan kedalam bolw dan uli 30-40 minit atau sampai betul betul elastik.



Resepi nyer:
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
50-60 gm air peti sejuk
2 sudu besar water roux
Sedikit garam ( Noor guna 4 gm )
2 biji kuning telur
50gm gula 
50gm minyak

Resepi water roux:
1/4 cawan tepung gandum
250 ml air
Cara:
Masak tepung dan air sampai pekat. Sejukkan sebelum guna, kalau water roux lebih boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan 2 hari.


Cara buat dounat.
1. Masuk semua bahan dalam bowl dan uli hingga elastik.

2. Timbang doh 40gm dan buat bulat bulat. Lihat step 1.
Biarkan doh dah naik 2x ganda atau 70%, baru buat lubang tengah donut tu. Step 2 saya guna nozel untuk buat lubang.

3. Biarkan naik 1x ganda lagi dan lihat step 3.

4. Goreng dengan api yang perlahan, bila dah kekuningan baru anda terbalikan donut tu. Lihat step 4.

5. Boleh disalut coklat, gula castor dan sebagainya...


Gambar di atas ni adalah cara NOOR gunakan untuk buat lubang tengah dounat tu. Cara 1 Noor gunakkan gegelung benang dan cara ke 2 guna nozel. Terpulang pada citarasa anda ok.












thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :