Khamis, 31 Oktober 2013

Kek Marble


Assalammualaikum....
Pagi ni Noor nak share 1 lagi resepi kek Marble..
maklum la kek ni dah lama, tapi Noor tetap nak kongsikannyer....jom layan


Cake Marble
Bahan 
250 gm Buttercup
210 gm gula icing
60 gm susu pekat manis
270 gm Tepung superfine/ tepung kek
1 sudu teh double action
2 sudu teh ovelate
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu coffee emlco
4 biji telur Size A

Cara Caranye:
1. Tepung dan baking powder ayak dan ketepikan.
2. Butter, ovelate dan gula pukul hingga putih dan gebu.
3. Masuk telur dan susu berselang seli hingga habis.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, 1 warnakan warna asal dan 1 lagi campurkan serbuk koko dan coffee emlco dan kacau adunan hingga sebati.
5. Guna Loyang " yg di lapik kertas minyak dan griss semua permukaan loyang.
6. Sudukan 2 adunan putih dan sudukan 2 adunan coklat ditengah2 loyang (bertindih).Buat sehingga habis.
7. Goyangkan loyang supaya adunan tu sekata..dan gunakan lidi untuk loretkan bahagian atas permukaan adunan.
8. bakar 180C 30-45 minit bergantung pada oven masing masing










thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :