Khamis, 13 Jun 2013

Resepi Untain Coklat Qasieh


Assalammualaikum...
Maaf la tak terbalas saya untuk pertanyaan dan persoaalan korank...
bukan tak mahu balas, soalan yang sama yang saya dapat... so dekat sini saya ajar cara macam mana nak buat yer...


Pic atas tu adalah campuran 250 gm Butercup, 120gm gula icing, 1biji kuning telur dan 1 sudu teh esen vanilla...sekadar gaul hingga sebati saja...tak perlu kembang 


setelah sebati masukkan 2 sudu besar susu tepung ( Duch Lady or any brand )
gaul sebati jew...


160 gm tepung jagung, 10gm serbuk koko dan 220gm tepung gandum AYAK KESEMUA BAHAN ni dan gaul hingga sebati... masukkan 1/2 sudu teh coklat emulco..gaul hingga sebati yer, seperti pic dibawah...


doh ni tidak akan melekat dijari ...tutorial cara menekan Untaian sila lihat utube dibawah yer....bakar 180C sehingga masak, lebih kurang 15-20 minit bergantung oven anda


Selamat Mencuba















thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :