Assalammualaikum...
tadi dah upload pic samprit jenis Kastad ( Kuning )... ni Noor masukkan lagi pic kastad susu... lagi sedap tau rasanyer...tak payah nak cerita panjang panjang jom tengok resepi dekat bawah ni....
Nampak tak perbezaan Samprit Kastad dan samprit Susu.
tak sama kan :)
Yang ni pula jenis acuan yang Noor gunakan...
kalau nak suruh Noor beli boleh... tapi Noor charge sekali dengan duit minyak yer... sebab Noor bukan buka kedai acuan... beli pun 3@4 biji jew... kalau sesiapa yang berminat boleh pm Noor kat Facebook @ Call Noor ok...
SMS TIDAK AKAN DILAYAN :)
Resepi Samprit Susu.
Bahan A
250 gm Buttercup
120 gm gula icing
1 tsp esen vanila
1 biji Kuning telur
300 gm Tepung Jagung
50gm susu tepung (apa2 Brand)
120gm tepung Rose
Hiasan:
Jelly Tip dibelah 2
Cara2:
1. Satukan bahan A, gaul hingga sebati...
2. tak perlu Sampai kembang...masukkan susu gaul sebati...
3. Ayak tepung jagung dan tepung rose, masukkan sikit sikit sehingga tidak melekat di jari...
4. tekan adunan tu menggunakan jari sehingga bentukkan mcm pic Noor k...
5. bakar 180C sehingga kekuningan @ garing dibahagian bawah...
6. Noor gunakan api atas dan Bawah..
Selamat mencuba :)
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan