Khamis, 7 Mac 2013

Resepi Karipap ( Karipap Frozen )


Assalammualaikum....
Karipap Frozen atau lebih dikenali dengan karipap sejuk beku...betul ke bunyinya hehehe...ok lah, ramai tanya Noor macam mana nak buat yang frozen.


Resepi sama macam yang korank la...
cuma tip dia kena goreng sekejap dan baru boleh packing karipap kita tu....
Noor pernah buat yang tak goreng... bila simpan dalam peti ais beku, karipap tu akan merekah pada minggu 2... so untuk simpan lebih lama, seeloknya goreng karipap tu sekejap....


Karipap 

bahagian pastery
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak ( panaskan dan biarkan suam )( boleh digantikan dengan majerin)
1 sudu teh garam
1 /2 cawan Air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan uli hingga adunn menjadi doh.

p/s
Jika inginkan garam tu hancur lebih cepat, kacau dulu bersama air pun boleh....
air juga boleh ditambah, bila doh anda keras... (pastikan adunan doh lembut)

Inti Karipap
5 biji Kentang potong dadu
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan manis
secukup rasa garam
ayam potong kecil kecil
1 pack kecil rempah kari ayam
sedikit air
daun sup dipotong halus

Cara-cara:
1. tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan dan masuk rempah dengan sedikit air.
2. setelah rempah betul betul masak masukkan kentang dan ayam kacau hingga sebati...
3. tambah kan air jika air kering dan masukkan bahan perisa.
4. bila dah hampir masak masukkan daun sup dan biarkan betul-betul sejuk baru masukkan ke adunan pastery...


So pada yang ingin mencuba silakan :) dan SELAMAT MENCUBA














thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :