Jumaat, 11 Januari 2013

Resepi Talam Sekoteng





Assalammualaikum...
Pagi yang sejuk dan hujan turun ni, minum kopi dengan talam sekoteng 
pun sedap jugakan eemmm  nyum- nyum...
resepi ni Noor ambil dari blog serojakitchen Kak Am.... 
Terima kasih banyak-banyak pada Kak Am @ tuan punya resepi Chef Asma kerana turunkan ilmu pada yang tak tahu...

Sebelum tu Noor nak tanya la...
pernah tengok sekoteng ke? hahahahah
alhamdulilah pada yang kenal... pada yang tak kenal, 
cuba tengok gambar sekoteng dia bawah...

Apa lagi jom layan resepi ni....

inilah rupa sekoteng...
Talam Sekoteng
Resepi: Chef Asma @Kak Am

Lapisan Bawah
50 gm sekoteng (rebus & toskan)

150 gm tepung beras
250 gm santan pekat
450 ml air
1 TBSP tepung Hoen Kwee (putih)
150 gm gula castor
1 TSP garam

Caranya
1. Bancuh semua bahan diatas kecuali sekoteng, tapis dan masak hingga naik wap  dan tutup api.
2. masukkan sekoteng dan kacau rata dan tuangkan kedalam loyang 10"x10" x2"@3" yang dialas dengan plastik 14"x14".
3. Kukus selama 25 minit....


Lapisan Atas
150 gm tepung Gandum
300gm gula halus
5/3/2 biji telur (noor guna 2 biji)
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 TSP garam
1 1/2 Tsp perisa rose (brand AMINA) sy guna apa yang ada di dapur je...

Caranya
1. Bancuh semua bahan dan tapis kedalam periuk..
2. Masak sehingga naik wap dan tuangkan kebahagian lapisan bawah tadi....
3. Kukus selama 30 minit



















thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :