Assalammualaikum…. |
Hari ni tengah mood yang ceria dan tengah ada tenaga untuk
baking, Noor nak share resepi Cookies yang sanggat sedap..
Sebelum ni Noor
pernah buat cookies ni…
tapi faham-faham je lah, nak buat cookies tu kejap je… tapi nak lukis tu mengambil masa betul.
Ia menguji kesabaran untuk habiskan semua cookies tu.
Nasib baik ada
anak-anak, merekalah membantu Noor untuk melukis cookies… sambil draw sambil masuk kedalam mulut…
Apa lagi jom tengok resepi kat bawah ni…
Suger Cookie
Bahan-bahan:
1 ¼ cawan mentega unsalted (suhu bilik)
1 cawan gula
1 biji telur size A
1 ½ sudu teh esen vanila
2 ½ cawan tepung
½ sudu kecil baking
powder
½ sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula bersama-sama dalam mangkuk pada
kelajuan rendah ke kelajuan sederhana. Lebih kurang 1 minit. |
2. Masukkan telur dan kacau speed slow dan masukkan esen vanilla
kacau lagi…
3. Ayak bahan kering tepung, garam dan baking powder. Masukkan
ke dalam bowl dan gaul selama 30 saat guna speed slow sekali…
4. Canaikan doh tadi di atas kertas minyak, kemudian
simpan didalam peti sejuk sekurang-kurang 1 jam
5. Terap pada acuan yang anda suka dan bakar pada suhu 170
C atau mengikut oven masing- masing. |
Resepi Royal Icing
¾ cawan air suam
5 sudu besar Meringue Powder
1 tsp Cream of Tartar
1 kilo gula icing
Cara-Cara:
1. Campurkan air
dan meringue powder kacau menggunakan pemutar telur selama 30 saat.
2. Masukkan Cream of tartar dan pukul selama 30 saat .
3. Masukkan bahan tu kedalam bolw dan campurkan gula
icing, mixier selama 10 minit |
4. warnakn mengikut kesukaan anda…
Tip: tutup dengan tuala basah jika anda mencorak cookies
atau simpan di dalam botol kedap udara jika anda tidak mahu menggunakannya…
Selamat Mencuba | | |
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan