Assalammualaikum....
Jom meroti hari ni, tambah pula hujan turun...
sedap makan roti sambil celup kopi ye tak...
tak nak pot pet pot pet bukan-bukan jom layan resepi kat bawah yer....
Roti Manis Kismis
Bahan;
500 gm tepung roti
1 TSP baking powder
11 gm yis Mauripan
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu full cream
1 TBS shortening
3 TBS Majerin
1 biji telur
Untuk gliss; 1 biji telur + susu segar UHT di pukul, Gula dan kismis
Cara-caranya:
1. yis + susu campurkan dan biar berbuih...
2. satukan semua bahan-bahan dan yis yg berbuih tadi..
3. uli sehingga adunan xmelekat kat jari....jika melekat kat jari
tambahkan tepung sikit-sikit sampai tidak melekat dijari....
4. uli sampai adunan nampak cantik.. lebih kurang 20 minit...
5.Biarkan adunan naik 2 kali ganda.
6. setiap adunan timbang 50gm dan bentukkan ,kemudian letak kat dalam papercup ataupun loyang yg digirss majerin dikeliling loyang..
7. Selepas habis buat bulat2 adunan tu, sapukan majerin kat atas adunan...
8. Biarkan adunan tu naik 2 kali ganda lagi yer...
9. Bakar pada suhu 170 selama 20 minit bergantung pd oven masing2
10. Glis telur dan susu kat atas roti panas2 setelah masak...
Selamat Mencuba :)
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan