Rabu, 29 Ogos 2012

Crunchy Hazel Ball

Assalammualaikum
Kejap dah masa berlalu...bertemu kita lepas raya..
Maaflah , jika yang tertunggu resepi Noor, yg lewat ni....
macam biasa la , lepas raya sibuk mengemas rumah..maklum la balik beraya ni...terasa penat nyer xterkata....

Tapi lepas raya ni banyak sekut-sekut yang dah habiskan...
jom la, buat sekut ni sedap tau...
dengan rasa nestum,oat dan hazelnut...
manakala di celup dengan coklat, membuatkan anak anak tak henti-henti membuka balang kuih....



Crunchy Hazel Ball
Bahan A
250 gmButter
100 gm Gula Icing

2 Biji kuning Telur
2 sudu kecil esen Vanilla

Bahan B (ayak)
250gm Tepung gandum ( Sangai sekejap)
3 gm baking powder

Bahan C ( Blend Halus)
70 gm nestum
30 gm oat
100gm kacang hazel

Hiasan:
putih telur
oat
Hazelnut biji secukup nyer
coklat masakkan
mangkuk kertas secukupnyer

Pukul bahan A hingga sebati...
Masukkan bahan B dan C uli hingga sebati...
ambil sedikit adunan dan masukkan 1 biji hazelnut kedalam, kemudian bulat2kan...
celup pada putih telur dan oat
bakar pada suhu 180C kepada 15-20 minit bergantung pada oven masing2...
sejukkan seketika dan celup pada coklat masakkan...
Biarkan cokalt mengeras sebelum disimpan kedalam bekas kedap udara...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :