Assalammualaikum....
lama Noor xkongsikan ilmu memasak kan....
so ari ni Noor nak kongsikan resepi Donat... bukan
pic kat atas tu yer just pinjam jew,
kat blog Toples Unik Bentuk Donat Aneka Warna
pic yg bawah ni baru pic Noor...
mcm mn nampak menyelerakan tak...
nk resepi amik jew kat bawah ni k...
Bahan-bahan
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)1/4 cawan air suam1 1/2 cawan susu segar suam1/2 cawan gula halus2 biji telur1/3 cawan shortening/ butter5 cawan tepung gandum1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggorengCara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.4. Canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Tekap menggunakan acuan donat sehingga habis.5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 15 minit atau sehingga naik.6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan.7. Akhir sekali salut dengan gula castor .
Senang n simplekan nk membuat Donat, apaka anda pula mencuba...
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan