Isnin, 4 Julai 2011

Tepung Talam Ubi Kayu

Salam Semua...:17:
Hari ni Noor nk kongsikan resepi,
Tepung Talam Ubi Kayu....:n:

Resepi ni, Noor Godek2 kat dapur Che Mat Gebu....
cuma beza kuih ni warna ajew...
Sorry la Abg mat, Noor dah ubah resepi tu hehehe.....

Kalau Korunk nk resepi asal leh layan dapur Che Mat Gebu yer...
@ yg xnk gula merah layan cini k :1:




BAHAN BAWAH :-
600 gm ubi kayu di parut
160 ml santan cair
260 gm gula pasir
Sedikit pewarna Kuning
1 helai daun pandan
BAHAN ATAS :-
600 ml santan
40 gm tepung gandum
70 gm tepung beras
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
Satukan santan, gula pasir, dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Noor tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa .Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 keatas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh
betul2 sejuk sebelum dipotong




Selamat Mencuba... Kalau ok Like yer...
Siapa yg like Noor kasi ni.....Luv:h::67::n:


thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :