Jumaat, 23 Ogos 2013

Resepi Daging Goreng Bawang Putih


Assalammualaikum...
Gambar atas tu adalah Daging Goreng Bawang Putih....
pada yang yang suka makan bawang putih, boleh cuba...
Resepi ni memang simple sangat sangat.. jom ikut step by step ok...


Resepi Daging Goreng Bawang Putih
1 kati Daging
1 labu bawang putih ditumbuk
1/2 sudu besar black paper
3/4 cawan tepung kentucky (brand Puas, ada jual di tesco)
minyak untuk mengoreng

Cara Cara:
1. Daging dipotong nipis dan jangan terlalu nipis atau tebal yer...
2. bawang putih lebih kurang 1 labu yer dibuang kulit
3. Tumbuk kasar dan jangan terlalu halus
4. Campurkan bawang putih kedalam daging dan gaul sebati.
5. masukkan black paper.
6. Gaul semua hingga sebati... tak perlu masukkan garam yer..


7. Noor suka menggunakan tepung ni, paling mudah...
8. masukkan tepung kentuky dekat daging tadi dan gaul hingga sebati ...
9. gaul seperti no 9 tu yer...
10. panaskan minyak dan goreng daging tu sehingga garing seperti no11.
11. guna tisu untuk serapan minyak yer...dah boleh makan...

Inilah makanan kesukaan keluarga kami...








thank you.,pliz like :)

0 Budak budak comel Komen :