Assalammualaikum....
Cake Castella... kenapa yer, kebetulan Noor ada tengok drama korea, Mak dia nak buatkan Cake tu dekat kekasih nyer... Maklum la bila lihat cake tu nampak macam butter Cake, tapi bila lihat mak dia koyakkan cake tu nampak cantik dan gebu....dari situ la keinginan nak makan kek yang jauh tu....
Cake Castela ataupun cake kasutera ni berasal dari Jepun. Kek yang ringgan seakan kek span dan rasa seperti Bahulu.... tapi kek ni terlalu gebu dan cukup ringan sekali... Bahan yang digunakan cukup simple...
Memandangkan Noor tak ada acuan 8" X 8" tak la bergitu tinggi cake Noor ....
dari segi penggunaan tepung pula, kek ni menggunakan tepung roti,madu dan sikit air...minyak dan butter tidak digunakan sama sekali...
Sebelum nak buat cake Castella aka Kasutera ni, dah banyak Noor buat rujukkan...mencari di Youtube, Blog blog dan cara nak buat....
Maklum la ada 2 cara nak buat cake ni....
Cara Pertama : telur kuning dan Putih dipukul cara double boiler.
Cara Kedua : Pukul putih telur hingga bertanduk dan masukkan kuning telur sikit sikit...
Noor memilih cara kedua, rasa mudah...
Resepi Cake Castella aka Cake Kasutera
5 biji Kuning Telur
4 Biji putih Telur
125 gm Gula Kastor
100 gm Tepung Roti ( Noor Ayak 3 kali )
15 gm Turbinado Sugar ( Noor tak guna )
50 gm Madu + 2 sudu besar air (kacau dan sebatikan)
1 sudu besar Mirin ( Noor tak guna )
Cara cara:
Panaskan Oven 160C dan sediakan Loyang 8" X 8" yg di alas dengan Foil
1. Putar putih telur lebih kurang 5 minit masukkan gula setengah dahulu, kemudian putar lagi... masukkan baki gula hingga habis, putar hingga bertanduk.... sementara menunggu putih telur bertanduk.. dalam bekas yang lain whisk kuning telur hingga gebu...
2. Setelah putih telur dah bertanduk masukan sikit sikit kuning telur dan whisk hingga sebati dan masukan lagi kuning telur dan whisk hingga sebati...
3. Setelah itu masukkan tepung sikit sikit juga whisk lagi hingga sebati... buat sehingga tepung habis....
4. Masukkan Madu dan whisk hingga sebati....
5. Tapis adunan ke dalam loyang supaya tepung betul betul sebati dan tidak berketul ketul....hentakkan loyang beberapa kali dan masukkan kedalam oven....
6. Cucuk dengan lidi untuk melihat kek anda masak atau tidak...caranyer jika anda cucuk masih melekat adunan tu...bermakna kek belum masak... jika masak, lidi akan lincin tiada sebarang adunan yang melekat....
7. Keluarkan cake dan balut kek tu dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang semalaman....oleh kerana tak sabar... 7 jam dah Noor potong hihihihii....
Di sini, Noor sertakan You tube yang meunjukkan cara cara membuat cake castella... Harap membantu....Resepi Noor ambil dari e My Junk Hobby Tq so much
0 Budak budak comel Komen :
Catat Ulasan