Assalammualaikum...
Hari ni kebetulan Noor tengah buat Tart Jem / Nasta, so boleh la Noor kongsi cara dan tip yang Noor pelajari masa belajar dengan Kakak Ct... Click sini untuk Resepi Tart Jem / Nasta dan Click sini untuk Resepi Jem
Seperti Pic atas tu tekan adunan dan tarik memanjang lebih kurang 2 1/2 inci yer....
Selepas itu ambil jem dan piping keatas tart tersebut yer... kalau tak faham boleh tengok YouTube dibawah....
Kemudian gulung tart tersebut hingga kemas dan susun diatas loyang pembakar yang dilapik kertas minyak...
Setelah itu sapu permukaan tart dengan telur kuning yang dicampur pewarna kuning.. 1 biji kuning telur dalam 2 titik pewarna star brand ...warna lain pun boleh yer...
Bakar pada suhu 180C api bawah selama 10 minit dan api atas bawah sehingga permukaan atas garing... bergantung pada oven masing masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan